Karnival Pendidikan, Kerjaya Dan Usahawan Parlimen Jerlun 2019

24 November 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 23 November 2019 yang lalu, telah berlangsungnya “Karnival Pendidikan, Kerjaya Dan Usahawan Parlimen Jerlun 2019 yang dianjurkan oleh Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Jerlun Dengan Kerjasama Jerlun Bikers Ride Club 05. Program ini berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Jerlun Jalan Kodiang, Siputeh, Padang Sera. Karnival ini berlangsung selama satu hari bermula dari pukul 8.00 pagi sehingga 6.00 petang. Karnival ini dihadiri hampir 400 orang pengunjung.

Pusat Internet Malaysia Kluster Yan dan Kluster Kubang Pasu telah dijemput bersama-sama melaksana dan menjayakan program ini. Dalam program ini, semua kakitangan Pusat Internet telah terlibat dalam mengadakan jualan bersama usahawan PI di booth jualan. Selain itu, Pusat Internet juga terlibat untuk menyampaikan taklimat advokasi “Klik Dengan Bijak” kepada pengunjung yang hadir. Kami juga menyediakan game silangkata berkaitan keselamatan internet kepada pengunjung yang hadir dan menyampaikan cenderamata kepada mereka yang menjawab dengan betul.

Dalam Karnival tersebut turut berlangsungnya pemeriksaan kesihatan percuma dan kempen menderma darah, temuduga terbuka (Hampir 15 Syarikat Menawarkan Peluang Pekerjaan), pameran pendidikan (Taklimat kemasukkan ke Institut Pengajian Tinggi Awam/Swasta), pameran usahawan (Gerai Jualan Makanan Tempatan) dan juga penglibatan agensi-agensi kerajaan dan swasta yang lain. Karnival ini turut mengadakan jamuan makan tengahari dan cabutan bertuah kepada semua yang hadir. Program ini telah dirasmikan oleh Yab Dato' Seri Utama Haji Mukhriz Tun Mahathir iaitu Menteri Besar Kedah Yang Juga Ahli Parlimen Jerlun.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali